290

Penyesalan terjebak ngan Olight

Masih teringat pengalaman saya membeli lampu Olight yang pertama dalam bulan Ogos 2021 baru-baru ni. Mulanya memang tak pernah heran dengan Olight ni. Selalu duk tengok bila geng-geng EDC duk tayang EDC gear diaorang, mesti terselit lampu Olight. Yang paling femes model I3T dengan I5T. Dalam hati duk cakap kenapa laa diaorang ni duk gila Olight padahal banyak lagi brand-brand lain yang lagi padu, mantap dan tinggi lumen serta nampak lebih taktikal. Olight design ni memang nampak simple sangat dan fancy je sebab kaler dia warna warni tapi spec suma memang out. Sebab tu kot geng-geng EDC ni suka, boleh mix and match color dengan EDC tools atau gears diaorang. Masa Olight anniversary sales Ogos aritu, kebetulan tengok Olight model Seeker 2 Pro ada kaler ODG, pastu bundle lak dengan S3 Baton siap portable charger. Harga memang mahal kalau beli asing-asing, tapi harga bundle agak berbaloi kot. Tutup mata terus add to cart dan checkout. Dah setel bayar suma, duk diam-diam tunggu barang sampai. Lama laa jugak dekat sebulan baru sampai. Memang menyumpah gak sebab slow giler delivery. Nasib baik Olight bagi email mintak maaf dan hadiah sikit sebab kelewatan penghantaran. Bila nak unbox, rasa macam WOW sangat haha….kotak dia macam iPhone. Serius rasa sangat premium. Bila pegang dan belek, not bad gak finishing dan quality dia. Pendek kata, memang agak berbaloi laa walaupun harga dia mahal. Terus rasa menyesal sebab tak beli Olight awal-awal haha…lepas pada itu, untuk next flash sales bulan Ogos dan Setember, koleksi Olight terus beranak-pinak tanpa henti. Rasa nak beli semua model untuk kaler kegemaran saya Hitam dan OD Green. Sekian kisah saya dan Olight. Terima kasih sudi baca sampai abis.

Recommend Story

learn more
$

2022 WISH

$

Ushering into 2022 with hope for a better future.

$

A Sweet Friendship