609

Sesak dada menjelang Flash Sale =)

Gambar di atas saya dedikasikan untuk semua Olight Fighter !!! Dulu saya normal. Boleh makan sedap. Boleh pergi jalan2 travel vacation. Syukur saya tidak terkesan teruk dengan impak ekonomi disebabkan pandemik yang berlaku sekarang. Saya harap kita semua dimurahkan rezeki. Tapi inilah keadaan saya sekarang setiap bulan menjelang flashsale Olight. Semakin dekat tarikh sale, semakin sesak dada. Semua Olight Fighter automatik kenal masakan tu. Bahkan Olight Fighter di negara seberang pun kenal. Cuma nama yang berlainan. Megi ke Ramen ke benda yang sama lah tu. Gambar ke-2 tu tengoklah tabung saving yg dah ready untuk dipenuhkan demi hobi dan passion kami terhadap Olight. Semuanya bermula dari Olight Summer Sale. 30 tahun saya hidup, first time saya menang lucky prize. Saya menang Daily Top Spender masa Summer Sale. Lepas menang, baru saya tau ada sinar dihujung terowong untuk saya dari Olight. So start dari situ passion saya terhadap Olight bermula. Oh ya. Dalam Megi tu bukan telur. Megi letak telur mahal. Itu reflection dari cahaya Obulb. Refer gambar ke-3. Nak jimat elektrik pakai la Obulb. Ni saya makan pakai tangan. Sebab belum dapat freegift sudu lagi. Never regret to be in Olight Family. Cheers =)

Recommend Story

learn more
$

2022 WISH

$

Ushering into 2022 with hope for a better future.

$

A Sweet Friendship